Apa beza trading dan investing?

Pada dasarnya, trading dan investing adalah dua pendekatan yang berbeza di dalam dunia kewangan, dan memahami perbezaan antara keduanya adalah langkah pertama yang penting. Mari kita jelaskan makna masing-masing dan apa yang membezakan trading dari investing, serta bila anda mungkin mahu memilih salah satu daripadanya.


Maksud Trading

Trading bermaksud pedagang di dalam bahsa melayu dan sering dipanggil trader. Seorang trader membeli dan menjual instrumen kewangan seperti saham, crytocurrency, forex dan lain lain dengan tujuan menggandakan modalnya dengan memanfaatkan liquidity market yang sering berubah-ubah, baik naik mahupun turun. Trader akan membeli dan menjual sesuatu instrumen kewangan secara pantas dan sering keluar masuk pasaran dan bahkan biasanya dijual beli secara harian. 

Trader biasanya terbagi kepada beberapa kategori :

  • Day Trading: Membeli dan menjual aset dalam satu hari.
  • Swing Trading: Membeli dan memegang posisi selama beberapa hari bahkan sehingga                                            berminggu- minggu.
  • Scalping: Trading dalam waktu sangat singkat dengan target keuntungan kecil.


Dalam trading, kejayaan bergantung kepada keupayaan untuk mengenal pasti trend pasaran, menganalisis carta, dan bertindak balas terhadap perubahan harga dengan pantas. Trader menggunakan pelbagai strategi seperti technical analysis dan fundamental analysis untuk membuat keputusan yang berinformasi sebelum masuk ke dalam market. Mereka juga harus mempunyai pemahaman yang kukuh tentang risk management kerana trading adalah aktiviti yang berisiko. Pilih kategori trading yang anda sanggup untuk menghadapi risikonya. Setiap trading strategi memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Penting untuk diingat bahawa trading boleh menjadi aktiviti yang sangat intensif dan memerlukan pemahaman mendalam tentang pasaran. Kesilapan yang tidak dirancang boleh menyebabkan kerugian yang signifikan, tetapi bagi mereka yang berjaya, trading boleh menjadi sumber pendapatan yang signifikan.


Maksud Investment

Investment atau pelaburan merupakan sebuah strategi jangka panjang yang melibatkan pemilikan aset kewangan untuk tempoh masa yang lebih lama. Pelabur biasanya memegang aset mereka selama bertahun-tahun bahkan boleh mencapai 10 hingga 20 tahun. Tujuan utama pelaburan adalah pertumbuhan modal dari semasa ke semasa dan bukannya mengharapkan pulangan yang cepat.

Pelabur biasanya memberi tumpuan kepada aset yang mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang, seperti saham syarikat kukuh atau hartanah. Pelabur tidak seperti trader yang lebih aktif di market, menjadi investor lebih santai dari seorang trader. Namun, mereka harus sentiasa mengikuti prestasi portofolio mereka dan membuat penyesuaian mengikut keadaan pasaran.

Pelaburan adalah cara yang biasa dipilih untuk mencapai tujuan kewangan jangka panjang, seperti persediaan persaraan, pendidikan anak-anak, atau kestabilan kewangan dalam jangka panjang. Walaupun pertumbuhan mungkin lebih perlahan daripada trading, pelaburan boleh menjadi pilihan yang lebih stabil untuk mencapai tujuan ini.


Perbezaan Trading dan Investasi serta Bila Memilihnya

Perbezaan utama antara trading dan investasi adalah masa dan tujuan. Trading memberi tumpuan kepada pergerakan harga jangka pendek dan mencari keuntungan segera, sementara investing memberi tumpuan kepada pertumbuhan modal jangka panjang.

Tentu, pilihan anda sama ada untuk menjadi trader atau pelabur akan bergantung kepada tujuan kewangan, profil risiko, dan pengetahuan anda. Sebagai panduan, berikut adalah beberapa contoh situasi:

Trader: Seseorang yang lebih suka mengambil risiko, mempunyai pengetahuan pasaran yang baik, dan ingin mencari keuntungan dengan cepat. Trader boleh berdagang saham, mata wang, atau pilihan dengan intensiti tinggi.

Pelabur: Seseorang yang lebih suka pelaburan jangka panjang, seperti pelaburan dalam saham syarikat kukuh atau hartanah. Mereka mungkin mempunyai tujuan kewangan jangka panjang, seperti persaraan atau pendidikan anak-anak.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa banyak pelabur juga mempunyai portfolio yang termasuk unsur trading, jadi tidak semestinya satu atau yang lain.


Kesimpulan

Trading dan pelaburan mempunyai maksud yang berbeza, dan memahami perbezaan antara keduanya adalah penting. Pilihan anda sama ada untuk menjadi trader atau pelabur akan bergantung kepada tujuan kewangan, profil risiko, dan pengetahuan anda. Terlepas dari pilihan anda, penting untuk sentiasa melabur dalam pendidikan kewangan dan membuat kajian sebelum anda membuat strategi yang paling sesuai untuk anda.

Comments